Wednesday, July 30, 2008

romeo and juliet versi aku

editor's uncut ;p

adalah anak kawan ku yang baruk angkat dara bertanyakan dengan bapanya tentang kisah cinta Romeo dan Juliet untuk kerja sekolahnya.. (adakah patut kisah romance@romen Romeo dan Juliet untuk kerja sekolah nembiak form1?.. patutlah nembiak kinektok awal lanji).. maka bapanya yang sik berapa tauk literature omputeh pun mintaklah pertolongan aku yang kebetulan singgah beloyar burok di rumah sidaknya..

maka aku bersetuju untuk datang lagi malam ya untuk membantunya menyiapkan kerja sekolah ya.. dan malam ya aku bercerita sambil didengar dengan khusyu’ sidak 5 beranak termasuk si kecik yang baruk berusia 3 tahun (tapi paling ceredit sik dapat dilarak-larak), sambil si dara mencatit mana-mana yang patut..

...............................................

Kisah Romeo dan Juliet
oleh: Alya Nas.. xxx.

kisah bermula dengan persengketaan dua buah keluarga; keluarga Montagues dengan keluarga Capulets. Perbalahan yang berlaku telah menyebabkan Putera Escalus yang berkuasa di Verona pada ketika itu terpaksa campur tangan demi keamanan semua. Beliau telah menetapkan ketua kedua-dua keluarga akan dipertanggungjawabkan sekiranya etceteras bla bla bla bla…

(panjang cerita dikarangnya malas ku mok naip)..

maka untuk memendekkan cerita yang panjang..

..tanpa mengetahui kematian Juliet yang dipalsukan itu, maka Romeo pun bertekad untuk memutuskan nyawanya sendiri dengan meminum racun yang telah dibawanya. Juliet yang kemudian tersedar dari ’kematian’nya mendapati Romeo yang telah tidak bernyawa berada di sisinya. Friar Lawrence yang tiba pada ketika itu sedar akan tragedi yang berlaku lalu menenangkan Juliet dan mengarahkannya agar segera beredar. Namun Juliet enggan lalu menikam dirinya dengan belati milik kekasihnya.

(keep on reading, kaktok cerita tok jadi very interesting..hehe)

..disebabkan tragedi ini, akhirnya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menamatkan persengketaan antara dua buah keluarga.


sepatutnya cerita ya abis di sitok.. tapi cemnei kah pande ada ujong indah.. hehe..

..rupa-rupanya keseluruhan tragedi yang berlaku pada hakikatnya adalah sandiwara yang telah dirancang dengan bijak oleh Friar Lawrence. Kerana khuatir akan rahsia lakonan kematian Juliet telah dapat dihidu oleh ahli keluarga Capulets, maka Friar Lawrence turut merancang ‘kematian’ Romeo diikuti oleh sandiwara kematian Juliet untuk kali yang kedua. Rancangan ini telah berjaya membuatkan ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak dan keseluruhan masyarakat pada ketika itu percaya. Pada akhirnya dengan bantuan Friar Lawrence, maka Romeo dan Juliet berpindah ke daerah pedalaman dan memulakan hidup baru. Mereka hidup aman bahagia sehingga ke anak cucu. Kisah cinta sejati ini sentiasa mereka ceritakan kepada anak cucu sebagai suatu citrawarna kehidupan yang akhirnya menjadi cerita lisan yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Cerita di atas adalah benar seperti yang telah diceritakan oleh ”@sapa-sapa jak” yang merupakan keturunan pasangan Romeo dan Juliet kepada saya.

...............................................

HAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!
HAHAHAHAHAHAHAHAAAAA!!!!!

sapa-sapa yang sik tauk kisah sebenar Romeo dan Juliet, sila ke sini.. barulah anda lebih paham akan lawak kisah di atas..

sambong tetak lok.. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA..

adakah patut nya masokkan juak dalam karangan ujong cerita yang sukati ku ngarut ya.. ya lah sapa nyuroh pebulak dengan uncle.. uncle nanyak udah lom mbaca material nok diberik oleh cikgu.. kitak madah dah maca 2-3 kali, mok uncle explain supaya lebih paham.. mun kitak dah baca 2-3 kali mestilah tauk sine ending jalan cerita ya.. sik perlulah tulis juak cerita karut uncle ya.. haha.. so jangan nyalah uncle kitak kenak komen oleh cikgu.. uncle nambah ujong cerita ya pake rindok ati jak.. sik sangka jadi kedak tok.

sambong tetak gik lok.. HIHIHIHIHIHI…

...............................................

komen cikgu:

..kaedah penulisan yang menarik dengan gaya bahasa yang agak bagus. namun kenapa cerita perlu ditokok-tambah sehingga menghilangkan keasliannya? (..dan perenggan terakhir ya dibulat dengan marker merah!)

pesanan penaja: aku enggan bertanggung-jawab

x.o.x.o.


No comments: